|
Kejohanan Merentas Desa 2011 |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Monday, 21 March 2011 09:19 |
|

KHAMIS, 17 FEBRUARI 2011 – ACARA AKHIR MERENTAS DESA DIADAKAN DENGAN JAYANYA. BERLANSUNG TEPAT JAM 8.00 PAGI IA DIMULAKAN DENGAN TAKLIMAT DARI PENOLONG KANAN KOKURIKULUM, EN RUZAIDI MENGENAI LALUAN DAN LANGKAH KESELAMATAN YANG PERLU DIAMBIL KIRA. SETERUSNYA ACARA DITERUSKAN DENGAN AKTIVITI MEREGANG BADAN YANG DIKETUAI OLEH EN. MOKHTAR. ACARA DITERUSKAN DENGAN SENAMROBIK. ACARA DITAMATKAN DENGAN MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH YANG DILANSUNGKAN DI DEWAN SKKB. |
|
|
Majlis Anugerah Kecemerlangan 2010 |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Tuesday, 16 November 2010 09:30 |
|

Felda Neram 1, 14 November 2010- Unit kurikulum SK Kg Baharu Felda Neram 1 telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Tahun 2010 pada 14 November 2010 di Dewan Terbuka SK Kg Baharu Felda Neram 1. Tujuan majlis tersebut diadakan adalah untuk menghargai kejayaan dalam bidang kurikulum dan penglibatan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum sama ada peringkat sekolah ataupun daerah. Antara pengisiannya adalah penyampaian silil penghargaan dan cenderahati kepada murid-murid yang terlibat dan juga Majlis Graduasi Murid Pra sekolah. Majlis tersebut disempurnakan oleh En. Mohd Rozi b. Hamid , Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman. |
|
Written by Administrator
|
|
Monday, 15 November 2010 20:44 |
|

Tarikh: 28 /10/2010 Tempat: De Rhu Beach Resort Anjuran : Kelab Guru |
|
Perkhemahan Unit Beruniform |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Tuesday, 26 October 2010 13:26 |
|
PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFOM
Tarikh :21-23 OKTOBER 2010 Tempat :PADANG SKKBFN1 Ajuran : UNIT KOKURIKULUM

SKKBFN1 telah mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform yang bermula pada 21-23 OKTOBER 2010 (3 hari 2 malam). Penyertaan terbuka kepada 17 orang bagi setiap unit beruniform iaitu Kadet Remaja Sekolah (KRS), , Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM) serta Pengakap.
Banyak aktiviti yang telah dirancang. Antara aktiviti yang dipertandingkan pula adalah pertandingan kawad kaki , malam kebudayaan, masakan dan membuat gajet(mini gajet). |
|
Written by Administrator
|
|
Wednesday, 06 October 2010 12:19 |
|

Bersempena bulan Syawal yang penuh kemuliaan ini, marilah kita sama-sama bermaaf-maafan di antara satu sama lain dengan penuh keinsafan dan kesedaran. Sengketa kita redakan, yang renggang kita rapatkan, yang jauh kita dekatkan dan barang yang lepas kita lupakan. Majlis Sambutan Aidilfitri peringkat Sekolah Kg Baharu Felda Neram 1, pada majlis ini adalah salah satu medan untuk kita semarakkan sekolah ini dengan suasana kemesraan dan persaudaraan yang berkekalan bak kata peribahasa Melayu,
"Air dicincang takkan putus " dan "Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua. "
Akhir kata, kami sekali lagi mengucapkan tahniah kepada semua warga kerja SKKBFN1 yang telah bertungkus-lumus mengorbankan masa dan menyumbangkan tenaga bagi menjayakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah.
Kami juga mengucapkan terima kasih kepada guru-guru dan kakitangan yang telah memberikan kerjasama padu dengan menyumbangkan pelbagai juadah dan sajian untuk dikongsi dan nikmati bersama oleh para tetamu dan hadirin . Semoga usaha dan pengorbanan tuan-tuan dan puan-puan sekalian mendapat ganjaran yang sebesarbesarnya dari Allah Taala.
Kolek berlabuh di Pekan Triang,
Esoklah belayar ke Singapura;
Lebaran meriah disambut riang,
Harmoni terjalin kasih dan mesra.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin |
|
Last Updated on Wednesday, 06 October 2010 13:19 |
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 Next > End >>
|
|
Page 1 of 6 |